Followers

Tentang PBRM

Persatuan Blogger Remaja Malaysia


Persatuan Blogger Remaja Malaysia adalah sebuah persatuan alam maya yang terbuka untuk semua blogger rakyat Malaysia antara umur 10-20 tahun. Ia ditubuhkan pada 1/1/2011. Persatuan ini ditubuhkan oleh seorang blogger remaja iaitu Mufarwa yang berusaha untuk menubuhkan persatuan ini.

Penubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk:

1)Mengumpulkan semua blogger remaja.

2)Mengadakan aktiviti antara ahli. Aktiviti akan dirancang mengikut keperluan dan musim.

3)Membuat pertandingan persatuan seperti pertandingan puisi,cerpen,cerita agama,video pendek dan banner.

4)Memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada blogger muda. Kepada semua blogger yang baru membuat blog, ahli persatuan ini sedia membantu untuk apa-apa pertanyaan.

5)Memberi anugerah kecemerlangan kepada blogger pada setiap 6 bulan.

6)Bertukar-tukar pandangan serta berkenalan sesama blogger remaja di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.